Monday 8 December 2014

CARA NAK HILANGKAN DAKWAT PEN(PEN LIQUID)

1) Bancuh pekat 3 sudu susu dengan sedikit air.
Sapukan bancuhan susu ini pada kesan dakwat selama
setengah jam. Kemudian cuci dengan sabun atau
detergen seperti biasa dan jemur hingga kering.

2) Titiskan cuka ke atas kesan dakwat tersebut. Biarkan
selama 5 minit dan kemudian gosok dengan tangan
untuk mengeluarkan dakwat tersebut. Ulang beberapa
kali hingga kesan dakwat hilang. Kemudian cuci dengan
sabun atau detergen seperti biasa dan jemur hingga
kering.

3) Titiskan air limau yang bercampur dengan garam
pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan
tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya
seperti biasa.

4) Semburkan penyembur rambut pada kesan dakwat.
Biarkan kering seketika. Kemudian bilas dengan air
yang dicampur dengan sedikit cuka. Cuci dengan sabun
seperti biasa, berus kesan dakwat dengan berus kain,
bilas dan jemur hingga kering.

5) Guna barangan cosway iaitu Laundry Pre-Wash.
Semburkan Laundry Pre-Wash pada kawasan yang
terkena dakwat. Biarkan selama 5 minit dan kemudian
gosok dengan tangan untuk mengeluarkan dakwat
tersebut. Ulang beberapa kali hingga kesan dakwat
hilang.

6) Guna liquid pencuci dynamo. Sapukan liquid dynamo
pada tompokan dakwat pada baju, gosok perlahan-
lahan. Biarkan seketika. dan cuci baju tersebut seperti
biasa.

7) Guna Vanish . Sapukan campuran Vanish Power O2
Powder dan Vanish Power Gel, atau Vanish Power O2
Powder dan Vanish Power Liquid. Gosok pelahan-lahan
pada tompokan dakwat dan biarkan seketika. Larutkan
1sudu Vanish Power O2 Powder dalam air suam (max
40°) . Rendamkan baju tersebut semalaman. (Jangan
gunakan pada sutera).

No comments:

Post a Comment